Friday, 3 July 2015

Resipi

Some of the recipes that I have tried and successful ..I posted here so that I won't forget, and to share as well.. be creative





AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Resepi Oleh : Nadz Nazharzan
Rujukkan : Yatie

Bahan-bahan :

1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
1/4 cwn gula pasir
250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air)
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan. (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.
Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.
Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.
PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.




KUIH TEPUNG TALAM

resepi oleh Pn. Suzita



Lapisan Bawah:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.

* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.


Lapisan atas:
2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.










IKAN GULAI TAUCU

Bahan-bahan ( 3 org )

  • 3 ekor ikan (apa2 jenis pun boleh, ikan sungai lg syok!)
  • Dua sudu mkn taucu (taucu juga dikenali sbg kacang masin yg jual dlm botol tu)
  • I biji bawang besar (belah empat)
  • 2 ulas bawang putih (belah tiga)
  • 1 inci halia (mayang halus)
  • Sebiji timun (belah empat, buang biji dan potong serong2)
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 sudu gula
  • Sedikit perisa tambahan
  • 7-8 biji cili padi (belah tgh tp jgn putus)

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan lumur dgn garam dan kunyit kemudian goreng, ketepikan.
  2. Masukkan 2-3 sudu mkn minyak goreng ikan td ke dlm periuk dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan timun hingga layu sedikit.
  3. Masukkan taucu, biar dlm seminit kemudian masuk air asam jawa. Kacau2 lps tu masuk semangkuk air (ikut suka nk kuah sikit atau byk)
  4. Setelah kuah mendidih masuk ikan yg dh digoreng td. Kemudia masuk gula dan bahan perisa. Tak perlu garam sbb taucu dh masin yer...
  5. Biarkan mereneh dlm seminit dan boleh la diangkat dan dihidang bersama nasi.
 

Keli Kicap Berempah 


Bahan - bahannya :
1 ekor ikan keli di potong 4 ( klu besar la )
 3 ulas bawang merah - dimayang halus
3 ulas bawang putih- dimayang halus
 2 inci halia - dimayang halus
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar rempah kari ikan
garam secukup rasa
air dan minyak untuk menumis 1/2 biji bawang besar dimayang

Cara - caranya : Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan. Panaskan minyak, masukan rempah tumis, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang Masukkan rempah kari. Tumis lagi hingga naik bau. Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih dan masukkan bawang besar yang telah dimayang Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat. Tambah garam dan cukup rasa Dah siap untuk di hidang dan dimakan
 
 

No comments:

Post a Comment